Kerana rindu padanya, namanya sering bermain-main
dibibir dan pelbagai lain perasaan yang melanda hanya kerana kamu telah
jatuh cinta padanya. Adakah kamu mahu mengakui kebenaran ini yaitu kamu
sudah jatuh cinta padanya? Jika ya, kamu perlukan keberanian untuk
berhadapan dan berterus terang dengannya.

Jika
kamu memilih untuk memendam rasa atau pun menanti si dia yang akan
meluahkannya, kamu perlu bersedia untuk menanti segala risiko.  Sama
ada si dia menerima kamu atau pun melupakan kamu kerana penat menanti
jawaban-jawaban dari kamu..

Sukar untuk menduga hati seseorang
jika kamu tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun
keputusan kamu, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuk mencinta helah…

7 sebab CINTA tak dihargai…

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada
juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah
percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep
cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan
semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering
dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun
tidak.  Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar
diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka
untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar
pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu,
mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa?
Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh
dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta
bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana
terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah
benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering
kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas
mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa
mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti
ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam
jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga
yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata
mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin
sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah
menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk
berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura
menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun
ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu
mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau
pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu
terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…

Leave a Reply